Wednesday, February 25, 2009

TENANG SEMASA GAWAT

Salam Sejahtera.

Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja.

Dilaporkan di USA, seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada' dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda:

"Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).

Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha "kerana Ringgit Malaysia".

3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim);

4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah???

Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)" (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana "Ringgit Malaysia";

5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan.

Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya...

Anda boleh menyertai perniagaan Smart Naco bersama saya dan Smart Success Team. Hubungi saya pada bila-bila masa.

-Ifa-

Saturday, February 21, 2009

BALIK KAMPUNG

Salam Sejahtera.

Minggu ini sekali lagi saya sekeluarga akan balik kampung suami di Segamat. Yang paling seronok bila balik kampung ialah jumpa emak mertua. Walaupun beliau seorang yang suka bercakap, tapi to me, she's is very understanding dan dapat memahami kerenah anak menantu beliau ini. Juga seronok dapat pergi shopping kain-kain ela yang melambak-lambak di sini. Shopping di sini tak seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sentiasa sibuk.

Niat di hati nak juga tumpang letak IgG Plus di kedai kain tersebut, sebab tokehnya ok juga. Disamping tu juga saya akan terus promosikan Jus Pati Kurma yang istimewa di kalangan ipar duai. Seperti biasa memang ada pro dan kontra, tapi saya tak peduli .. mereka nak order saya layan, yang tak berminat terpulanglah. Mungkin di satu hari nanti, mereka pasti akan sedar tentang kebaikan Jus Pati Kurma 3K ini.

OK, jumpa lagi. Perlu berkemas pula.

-Ifa-

Wednesday, February 18, 2009

Friday, February 6, 2009

TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN NIAGA SST

Salam Sejahtera.

Apa khabar anda semua, wah terlalu lama saya tidak update blog perniagaan saya ini.

Apapun, saya masih ikuti perkembangan SST dan leader-leader hebat melalui Kak Mala. Saya juga masih membeli produk Smart Naco walaupun sedikit dan tetap yakin kepada business MLM sekiranya dilakukan berterusan dengan usaha yang tidak terhenti, pasti membuahkan hasil Tengok saja pada leader-leader hebat SST seperti SPD Zul, SPD KAZ, SPD Che Din, PD Ashriee, dan sudah tentu contoh terdekat leader hebat saya, Kak Mala. Saya respect mereka semua. Hajat di hati juga ingin bertemu dengan Dr Main, pakar analisis personaliti yang saya kenali melalu email sahaja!

Tahniah juga saya berikan kepada Kak Midah dan Cikgu Ismail (saya pernah berSkype dengan Cikgu satu ketika dulu), serta Faridah yang terus bersemangat teruskan business ini. Saya yakin, dugaan dan cabaran pasti mendekati kita. Saya juga seperti anda semua inginkan kejayaan. Alasan memang ada tapi ini bukanlah sepatutnya jadi penyebab kenapa saya tiada progress. Saya masih juga promosikan IgG Plus dan Jus Pati Kurma pada rakan-rakan sepejabat dan juga saudara-mara.

Cuma adakalanya saya rasa seperti waktu terlalu mencemburui saya. Mana tidaknya, suami saya bertugas di Rawang sedangkan kami tinggal di Bandar Kinrara. Suami balik dari pejabat dah lewat petang, kadang-kadang malam dan letih. Maka sayalah yang menguruskan semua dengan bantuan pembantu rumah. Hantar anak-anak ke pusat tuisyen, aktiviti sekolah, dll. Tengahari waktu lunch keluar terburu-buru untuk perhatikan anak-anak. Kini saya berasa sedikit senang hati, bila mereka ke rumah ibu saya pada waktu tengahari selepas persekolahan pagi mereka dan sekolah mereka pun telah kami tukarkan berdekatan dengan rumah ibu saya. Jadi biasanya saya ke sana untuk memastikan keadaan anak-anak dan saya ambil lunch di sana juga. Kadang-kadang saya mencuri waktu untuk keluar lunch dengan Kak Mala!

Sabtu dan Ahad? Masa inilah saya rasa seperti nak berihat ... tapi ada saja kerja yang tidak selesai. Apatah lagi nak menjenguk ibubapa mertua.

InsyaAllah bila keadaan lebih teratur, saya harap dapat fokus kepada business MLM Smart Naco yang berpotensi ini.

Semoga saya dan rakan-rakan SST semua terus mengorak langkah dan berjaya!

-Ifa-

Sunday, January 4, 2009

KEHEBATAN JUS PATI KURMA 3K

Salam Sejahtera.

Tahun baru muncul lagi - 2009. Impian masih lagi tak tercapai sepenuhnya samada dalam Unit Trust mahupun perniagaan MLM. Kenapa? Jawapannya sebab tak fokuslah! Upline saya dah bergerak pantas, saya masih di ambang selesa. Adakah saya selesa? Ikutkan pada pendapatan makan gaji memang dah agak ok tapi dari segi kemewahan memang masih di takuk lama. Pastinya saya mesti melihat kepada sesuatu dengan lebih terpeinci.

Walau bagaimanapun, kehidupan diteruskan. Saya sendiri dah mencuba Jus Pati Kurma 3K. Sebelum ni dengar cerita dari Kak Mala aje - betul ke hahaha! Jangan marah ye Kak Mala. Wah, rupa-rupanya memang power ...

Apa lagi, saya pun buatlah promosi. Alhamdulillah dah dapat jual kat kawan sepejabat dan kini dah ada permintaan baru dari Kakak Ipar.

APA ITU JUS PATI KURMA 3K :

Satu alternatif bagi golongan wanita mencapai kebahagiaan hidup.

Kurma,Manjakani,Kacip Fatimah dan juga Daun Serapat adalah tonik perubatan tradisional kaum Melayu dan kaum India untuk tujuan menyelesaikan masalah kemaluan dan masalah-masalah organ seks dikalangan wanita sejak dari zaman dahulu hinggalah sekarang.Ianya sejenis tonik kombinasi tradisional bagi menolong masalah yang berhubungan dengan pra-menopouse dan mengetatkan otot-otot pada organ pembiakan wanita.

Menurut Dr. Ismail bin Mohamad dari Malaysia Specialist in Human Pregnancies Department,Manjakani berupaya mengetatkan bahagian otot rahim dan mengurangkan pertumbuhan bakteria.

Ringkasannya :

Manjakani berfungsi menolong wanita membaiki dan
mengetatkan bahagian kemaluan wanita.

Kurma berfungsi membersihkan darah dan menambahkan
keceriaan wanita.

Kacip Fatimah berfungsi membaiki bahagian otot rahim
secara semula jadi.

Daun Serapat berfungsi mengembalikan kecergasan dan
kecerdasan saraf wanita.

Formulasi NACO “Jus Pati Kurma 3K” ialah gabungan herba-herba dengan zat penting seperti vitamin,mineral dan polysaccharides.Untuk menambahkan lagi khasiat dan potensinya,ekstrak alfalfa telah dicampurkan ke dalamnya.

Alfalfa telah menggiat dan mengaktifkan fungsi kalenjar pituitari.Ia boleh memupuk rangka berkalenjar dan sistem urinari.Alfalfa mengandungi klorofil dimana ianya masyhur sebagai pembersih dalaman yang berkualiti.

Kajian mendapati tonik seumpama ini (Jus Pati Kurma 3K) mengandungi kesan sejati di dalam mengatur otot-otot rahim dan meringankan penyakit yang berkaitan dengan rahim.

Jus Pati Kurma 3K boleh membantu :

Mengetatkan otot-otot pada bahagian
sistem pembiakan wanita

Menguatkan rangka tulang

Mengembalikan kejelitaan,menambahkan
tenaga dan melembutkan kulit

Menangani masalah pra-menopouse

Meringankan masalah berkaitan dengan penyakit uterus

Meringankan masalah ketidakmampuan menahan kencing

Mengurangkan masalah keputihan

Mengembalikan keceriaan perkahwinanan meningkatkan
kemesraan berkelamin.

Kandungan : 250 ml/botol

Cara Penggunaan : Minum 1 sudu besar 2 kali sehari (dilarang pengambilan semasa mengandung) dan sesuai untuk diminum semasa pantang bersalin untuk pembersihan dalaman dan kelancaran darah).

HARGA PRODUK : RM46.00 + 5.00 (KOS POSLAJU) = RM51.00

- Ifa -

Monday, December 1, 2008

SEMOGA TERUS SUKSES BERSAMA SST

Salam Sejahtera.

Dari seorang guru, meneruskan IMPIAN melalui bisnes MLM Smart Naco bersama Smart Success Team.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Encik Ismail Muhamad yang telah memilih landasan yang tepat! InsyaAllah, impian yang disertai dengan usaha, berdoa dan bersabar serta menambahkan ilmu pengetahuan, pasti menemui KEJAYAAN yang saudara inginkan.

Semoga terus sukses. Amin

-Ifa-

Sunday, November 23, 2008

SELAMAT DATANG PUAN HAMIDAH - IPOH

Salam Sejahtera.

Pejam celik, pejam celik, bulan November dah nak sampai ke penghujungnya. Ekonomi negara naik-turun-naik-turun. Ekonomi saya ... bila agaknya saya ingin merubah keadaan untuk keluar dari Comfort Zone ini???

Tahniah kepada SPD Zul dan Kak Mala kerana berjaya menyunting seorang lagi prospek dan kini telah menjadi rakan niaga baru kami. Hebat!!!

Selamat datang ke SST dan Smart Naco diucapkan kepada Puan Hamidah dan semoga kita dapat terus bekerja-sama demi mencapai Impian, insyaAllah.

Jumpa lagi.
-Ifa-