Tuesday, June 24, 2008

SUSU POWER PENUH KHASIAT


Salam Sejahtera.

Macam dah lama sangat rasanya saya tak menulis kat blog ini. Masih mencari-cari ilham untuk meluahkan apa yang terpendam dan memberikan yang terbaik untuk dikonsgikan bersama dan juga untuk panduan kepada diri saya sendiri.

Just need to share my experience about my mom yang telah bertambah ceria. She is now about 57 years old tapi dah bermacam-macam penyakit yang beliau dah dapat. Bermula dari tahap kolestrol yang tinggi sampailah ke orthoporosis. My father passed away on April last year due to stroke, so I keep on reminding my mom to take care of her health.

Nak dijadikan cerita, my mom memang tak suka minum susu since her young age. Rata-rata orang Malaysia nie khususnya orang Melayu memang payah nak makan ubat apatah lagi suplemen tambahan. Tapi bila dah sakit barulah kelam kabut mencari ubat. Mentaliti lama ni kena diubah. Bak kata orang beringat sebelum kena.

Namun, bukan senang nak ubah mindset seseorang. One day I gave her the IgG-Plus for trial. At first she refused dengan alasan susu tak sedaplah, susu meloyakan dan macam-macam alasan. Biasalah berpuluh tahun dah perap dalam minda macam tu. Akhirnya beliau cuba juga susu IgG-Plus ni. Hasilnya selepas pengambilan dalam 2 bulan dah menampakan hasil yang positif. My mom sekarang ni dah jarang dapat demam (maybe pertahanan badan dah kuat) and tahap kolestrol dah turun ke level yang lebih baik. Sakit-sakit badan pun dah tak ada.

Susu nie memang power !!!! Tak cuba memang rugi.




Tuesday, June 17, 2008

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

IgG Plus memang menjadi produk kegemaran saya sekeluarga. Anak-anak saya suka makan susu bukannya minum susu. Sedikit menggusarkan saya ialah setiap seorang dari mereka akan mengambil lebih dari 1 sachet setiap hari. Anak kami ada empat (4) orang, wow, lari budget kalau macam ni. InsyaAllah, kalau saya sanggup usaha lebih dan lakukan sungguh-sungguh untuk perniagaan ini, pastinya budget harian seperti ini dapat di atasi segera.

Siapa yang tidak menginginkan kebahagian rumah tangga, kesihatan yang baik dan kewangan yang kukuh. Ini termasuklah diri saya juga. Saya juga berimpian agar di satu hari nanti saya dapat membahagiakan suami, anak-anak dan ibu mengikut kemampuan dan cara saya sendiri. Suami saya bertugas sebagai Penolong Pengurus (engineering background) di sebuah firma pengeluar kereta nasional memang tidak pandai berniaga, namun beliau tetap memberi sokongan kepada usaha saya ini. Beliau faham, tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur ini, dengan harga barangan keperluan yang sentiasa meningkat, keperluan pembelajaran anak-anak dan lain-lain hal menuntut saya memberi sumbangan kepada keluarga.

Dengan sokongan, panduan dan ilmu yang sedang dan bakal diberikan kepada saya oleh Kak Mala dan mungkin juga dari Pemimpin beliau, akan saya gunakan sebaik mungkin peluang untuk menjadi Usahawan Smart Naco.

InsyaAllah selagi saya mampu bekerja dan berusaha, saya akan tetap terus melangkah. Dari kecil saya diasuh oleh ibu saya supaya pandai berdikari dan jangan terlampau bergantung kepada insan lain. Nasihat ibu memang sentiasa saya ingati.

Jumpa lagi di coretan yang seterusnya nanti.

Salam perkenalan dari saya.

-Ifa-


Monday, June 16, 2008

LANGKAH PERTAMA SAYA

Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya telah memulakan langkah pertama saya dengan membina blog perjalanan bisnes Smart Naco bersama Upline Hebat saya Puan Normala Shamsuddin dan Smart Success Team. Semoga tindakan saya hari ini akan memberi satu kelainan dalam kehidupan saya kelak, insyaAllah.

Saya yakin akan mendapat panduan dari Leader-leader hebat yang terlebih dahulu mencapai impian mereka. Kejayaan mereka menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk meneruskan bisnes ini secara lebih aktif. Lebih-lebih lagi dengan sokongan dari suami tersayang.

-Ifa-