Friday, February 6, 2009

TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN NIAGA SST

Salam Sejahtera.

Apa khabar anda semua, wah terlalu lama saya tidak update blog perniagaan saya ini.

Apapun, saya masih ikuti perkembangan SST dan leader-leader hebat melalui Kak Mala. Saya juga masih membeli produk Smart Naco walaupun sedikit dan tetap yakin kepada business MLM sekiranya dilakukan berterusan dengan usaha yang tidak terhenti, pasti membuahkan hasil Tengok saja pada leader-leader hebat SST seperti SPD Zul, SPD KAZ, SPD Che Din, PD Ashriee, dan sudah tentu contoh terdekat leader hebat saya, Kak Mala. Saya respect mereka semua. Hajat di hati juga ingin bertemu dengan Dr Main, pakar analisis personaliti yang saya kenali melalu email sahaja!

Tahniah juga saya berikan kepada Kak Midah dan Cikgu Ismail (saya pernah berSkype dengan Cikgu satu ketika dulu), serta Faridah yang terus bersemangat teruskan business ini. Saya yakin, dugaan dan cabaran pasti mendekati kita. Saya juga seperti anda semua inginkan kejayaan. Alasan memang ada tapi ini bukanlah sepatutnya jadi penyebab kenapa saya tiada progress. Saya masih juga promosikan IgG Plus dan Jus Pati Kurma pada rakan-rakan sepejabat dan juga saudara-mara.

Cuma adakalanya saya rasa seperti waktu terlalu mencemburui saya. Mana tidaknya, suami saya bertugas di Rawang sedangkan kami tinggal di Bandar Kinrara. Suami balik dari pejabat dah lewat petang, kadang-kadang malam dan letih. Maka sayalah yang menguruskan semua dengan bantuan pembantu rumah. Hantar anak-anak ke pusat tuisyen, aktiviti sekolah, dll. Tengahari waktu lunch keluar terburu-buru untuk perhatikan anak-anak. Kini saya berasa sedikit senang hati, bila mereka ke rumah ibu saya pada waktu tengahari selepas persekolahan pagi mereka dan sekolah mereka pun telah kami tukarkan berdekatan dengan rumah ibu saya. Jadi biasanya saya ke sana untuk memastikan keadaan anak-anak dan saya ambil lunch di sana juga. Kadang-kadang saya mencuri waktu untuk keluar lunch dengan Kak Mala!

Sabtu dan Ahad? Masa inilah saya rasa seperti nak berihat ... tapi ada saja kerja yang tidak selesai. Apatah lagi nak menjenguk ibubapa mertua.

InsyaAllah bila keadaan lebih teratur, saya harap dapat fokus kepada business MLM Smart Naco yang berpotensi ini.

Semoga saya dan rakan-rakan SST semua terus mengorak langkah dan berjaya!

-Ifa-

No comments: