Wednesday, August 20, 2008

JUS PATI KURMA 3K

Salam Sejahtera.

Tidak dapat dinafikan, tugas-tugas saya di pejabat amat menyesakkan akhir-akhir ini. Saya diminta membantu dua orang Pengurus Besar dalam satu waktu yang sama. Apatah lagi setiap minggu saya menyiapkan minit mesyuarat yang diadakan pada setiap hari Isnin. Namun begitu, syukur alhamdulillah kedua-kedua Boss saya bukan jenis 'menekan' walaupun masing-masing mempunyai karaktor dan kehendak yang berbeza.

Untuk mengatasi stress dan letih sepanjang hari, selain dari meminum susu IgG Plus, saya kini mula minum Jus Pati Kurma 3K seperti yang 'didesak' oleh Upline saya yang sentiasa 'mengasak'. Memang sedap Jus Pati Kurma tersebut, tak perlu dicampur dengan air dan boleh diminum terus - 1 sudu untuk setiap hari bagi saya sudah memadai.

Saya juga sedang mengenali beberapa lagi produk Smart Naco yang berkualiti seperti Cellrenew. InsyaAllah, saya cuba lakukan satu persatu dengan cara yang terbaik supaya saya tidak mudah mengalah dalam biz MLM Smart Naco bersama SST.

Melalui upline saya, saya diberitahu mengenai beberapa kursus dan seminar yang diadakan dari masa ke semasa. Saya cuba untuk menghadiri sekurang-kurangnya 1 seminar atau perjumpaan dalam setiap bulan. Namun kadang-kadang kehendak keluarga payah untuk diduga. Begitu juga dengan Live SST Conference pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam.

Semoga saya dapat menghadapi halangan-halangan kecil seperti ini dan insyaAllah, semoga saya dapat terus menentang dugaan, cabaran dan rintangan yang lebih besar di masa-masa yang akan datang, sedaya upaya saya.

Saya juga telah melukis sebuah lukisan yang berasaskan rumah, pokok dan wajah sendiri untuk diberi analisis oleh Dr Main. Lukisan tersebut telah di emailkan kepada beliau pagi tadi dan saya sebenarnya memang tidak sabar untuk menerima respon dari Dr Main. Mungkin dari analisis tersebut, saya boleh mengetahui kekurangan dan kelebihan diri saya serta bahagian mana yang perlu saya baiki.

Jumpa lagi.

- Ifa -

No comments: