Sunday, January 4, 2009

KEHEBATAN JUS PATI KURMA 3K

Salam Sejahtera.

Tahun baru muncul lagi - 2009. Impian masih lagi tak tercapai sepenuhnya samada dalam Unit Trust mahupun perniagaan MLM. Kenapa? Jawapannya sebab tak fokuslah! Upline saya dah bergerak pantas, saya masih di ambang selesa. Adakah saya selesa? Ikutkan pada pendapatan makan gaji memang dah agak ok tapi dari segi kemewahan memang masih di takuk lama. Pastinya saya mesti melihat kepada sesuatu dengan lebih terpeinci.

Walau bagaimanapun, kehidupan diteruskan. Saya sendiri dah mencuba Jus Pati Kurma 3K. Sebelum ni dengar cerita dari Kak Mala aje - betul ke hahaha! Jangan marah ye Kak Mala. Wah, rupa-rupanya memang power ...

Apa lagi, saya pun buatlah promosi. Alhamdulillah dah dapat jual kat kawan sepejabat dan kini dah ada permintaan baru dari Kakak Ipar.

APA ITU JUS PATI KURMA 3K :

Satu alternatif bagi golongan wanita mencapai kebahagiaan hidup.

Kurma,Manjakani,Kacip Fatimah dan juga Daun Serapat adalah tonik perubatan tradisional kaum Melayu dan kaum India untuk tujuan menyelesaikan masalah kemaluan dan masalah-masalah organ seks dikalangan wanita sejak dari zaman dahulu hinggalah sekarang.Ianya sejenis tonik kombinasi tradisional bagi menolong masalah yang berhubungan dengan pra-menopouse dan mengetatkan otot-otot pada organ pembiakan wanita.

Menurut Dr. Ismail bin Mohamad dari Malaysia Specialist in Human Pregnancies Department,Manjakani berupaya mengetatkan bahagian otot rahim dan mengurangkan pertumbuhan bakteria.

Ringkasannya :

Manjakani berfungsi menolong wanita membaiki dan
mengetatkan bahagian kemaluan wanita.

Kurma berfungsi membersihkan darah dan menambahkan
keceriaan wanita.

Kacip Fatimah berfungsi membaiki bahagian otot rahim
secara semula jadi.

Daun Serapat berfungsi mengembalikan kecergasan dan
kecerdasan saraf wanita.

Formulasi NACO “Jus Pati Kurma 3K” ialah gabungan herba-herba dengan zat penting seperti vitamin,mineral dan polysaccharides.Untuk menambahkan lagi khasiat dan potensinya,ekstrak alfalfa telah dicampurkan ke dalamnya.

Alfalfa telah menggiat dan mengaktifkan fungsi kalenjar pituitari.Ia boleh memupuk rangka berkalenjar dan sistem urinari.Alfalfa mengandungi klorofil dimana ianya masyhur sebagai pembersih dalaman yang berkualiti.

Kajian mendapati tonik seumpama ini (Jus Pati Kurma 3K) mengandungi kesan sejati di dalam mengatur otot-otot rahim dan meringankan penyakit yang berkaitan dengan rahim.

Jus Pati Kurma 3K boleh membantu :

Mengetatkan otot-otot pada bahagian
sistem pembiakan wanita

Menguatkan rangka tulang

Mengembalikan kejelitaan,menambahkan
tenaga dan melembutkan kulit

Menangani masalah pra-menopouse

Meringankan masalah berkaitan dengan penyakit uterus

Meringankan masalah ketidakmampuan menahan kencing

Mengurangkan masalah keputihan

Mengembalikan keceriaan perkahwinanan meningkatkan
kemesraan berkelamin.

Kandungan : 250 ml/botol

Cara Penggunaan : Minum 1 sudu besar 2 kali sehari (dilarang pengambilan semasa mengandung) dan sesuai untuk diminum semasa pantang bersalin untuk pembersihan dalaman dan kelancaran darah).

HARGA PRODUK : RM46.00 + 5.00 (KOS POSLAJU) = RM51.00

- Ifa -

Monday, December 1, 2008

SEMOGA TERUS SUKSES BERSAMA SST

Salam Sejahtera.

Dari seorang guru, meneruskan IMPIAN melalui bisnes MLM Smart Naco bersama Smart Success Team.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Encik Ismail Muhamad yang telah memilih landasan yang tepat! InsyaAllah, impian yang disertai dengan usaha, berdoa dan bersabar serta menambahkan ilmu pengetahuan, pasti menemui KEJAYAAN yang saudara inginkan.

Semoga terus sukses. Amin

-Ifa-

Sunday, November 23, 2008

SELAMAT DATANG PUAN HAMIDAH - IPOH

Salam Sejahtera.

Pejam celik, pejam celik, bulan November dah nak sampai ke penghujungnya. Ekonomi negara naik-turun-naik-turun. Ekonomi saya ... bila agaknya saya ingin merubah keadaan untuk keluar dari Comfort Zone ini???

Tahniah kepada SPD Zul dan Kak Mala kerana berjaya menyunting seorang lagi prospek dan kini telah menjadi rakan niaga baru kami. Hebat!!!

Selamat datang ke SST dan Smart Naco diucapkan kepada Puan Hamidah dan semoga kita dapat terus bekerja-sama demi mencapai Impian, insyaAllah.

Jumpa lagi.
-Ifa-

Wednesday, October 29, 2008

SMALL GROUP MEETING

Salam Sejahtera.

Bagus juga idea Kak Mala ini. Beliau tak pernah bosan mengingatkan saya tentang perkara bisnes walaupun adakalanya saya begitu slow untuk bermula semula.

Baru tadi kami berbincang, nak adakan satu kumpulan kecil di mana kami dapat berbincang, bertukar-tukar fikiran dan adakan latihan menjadi speaker samada tentang produk, tentang marketing plan, motivasi dan apa-apa saja. Dapatlah belajar untuk memperbaiki PR kami. Memang bagus cara ini, pada pandangan peribadi saya. Saya diberitahu, Kak Mala juga telah berbincang terlebih dahulu dengan downline saya iaitu Puan Mazlina dan beliau juga telah bersetuju.

Cuma sedikit masalah ialah, waktu dan hari yang nak diadakan perjumpaan tersebut. Ini kerana ada yang boleh keluar pada hari Selasa malam di Smart Naco HQ. Manakala yang lain pula lebih selesa berjumpa pada petang Ahad yang dibuat secara bergilir-gilir di rumah rakan-rakan niaga di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini.

Nampaknya kami masih dalam berbincangan. Semoga akan terus ada perkembangan tentang perkara ini.

Jumpa lagi.

- Ifa -

Tuesday, October 14, 2008

SALAM UNTUK SEMUA



Salam Aidilfitri buat semua pembaca budiman,


Rasa-rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua warga SST dan pembaca yang setia mengikuti perkembangan blog saya dan produk-produk Smart Naco.


Bagi saya hari raya adalah hari yang paling membahagiakan untuk semua umat Islam yang telah selamat menjalani ibadah berpuasa disamping mengharapkan keredhaan dan keberkataan dari yang Maha Esa. Mudah-mudahan dipanjangkan usia untuk berjumpa lagi Ramadhan di tahun depan, InsyaAllah.


Hari raya adalah hari kemenangan untuk semua yang berjaya mengharungi cabaran dan juga dugaan selama sebulan. Terlanjur bercakap mengenai cabaran dan dugaan, tak salah rasanya kita kaitkan cabaran dalam perniagaan MLM Smart Naco. Bak kata pepatah, tiada KEJAYAAN TANPA USAHA. Usaha tangga kejayaan.


Sebulan berpuasa benar-benar memberikan satu iltizam untuk mencapai kejayaan di hari muka. Bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Semoga Allah SWT memperkenankan hajat saya dan menguatkan semangat serta memberi saya kekuatan yang berterusan untuk mencapai Impian.


Dalam apa jua perkara yang saya lakukan, restu dari suami tersayang adalah amat perlu. Untuk bisnes Smart Naco ini, dorongan dan sokongan dari upline saya Kak Mala juga tetap saya perlukan kerana saya tidak mampu untuk melakukan bisnes ini tanpa sokongan dan kerjasama beliau.


Jumpa lagi.



- Ifa -




Saturday, August 30, 2008

31 OGOS HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA DAN 1 SEPTEMBER UMAT ISLAM MULA BERPUASA

Salam Sejahtera.

31 Ogos dah tiba kembali. Hari yang penuh dengan detik-detik bersejarah. Walaupun ada diantara kita tidak berada di detik yang bersejarah untuk pertama kalinya pada 51 tahun yang lepas, namun semangat kemerdekaan tetap kita semua rasai sehingga ke hari ini.



1 September 2008 rakyat Malaysia mula berpuasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak.


- Ifa -

Wednesday, August 27, 2008

LUKISAN GAMBARAN DIRI SEBENAR

Salam Sejahtera.

Dah hampir seminggu masa berlalu, baru hari ini saya dapat update blog ini serba sedikit. Tak perlu beri alasan sebenarnya sebab saya sendiri yang kurang memberi tumpuan pada biz di ketika ini. My mom kurang sihat, perniagaan kecil-kecilan beliau pun agak tergendala. Namun, saya menasihati beliau supaya terus minum susu IgG Plus yang amat berkhasiat.

Pagi tadi analisis yang saya tunggu-tunggu, dah diterima dari Dr Main melalui email. Memang tak sabar nak baca dan comparekan dengan sikap saya sendiri. Analisis bukanlah satu telekan atau perkara yang berkenaan dengan ghaib atau bomoh tetapi di baca melalui lukisan kita. Saya sebenarnya cuba untuk menidakkan apa yang bakal saya terima, namun 90% analisis tersebut agak tepat dan berkaitan dengan kehidupan saya. Dari situ saya boleh kaji apakah yang perlu saya lakukan untuk membaiki dan meng'adjust' mana yang tidak kena. Bukan bermakna saya terima bulat-bulat analisis tersebut tetapi cuma perkara sebegitu memang ujud.

InsyaAllah pada 7 September ini saya dan Kak Mala akan menghadiri Internet Marketing Worshop di salah sebuah hotel di KL ini. Jika ada kesempatan, saya akan singgah sebentar di ibu pejabat Smart Naco pada tengahari 6 September untuk mengikti program Dr Main. Namun, ini bergantung kepada berapa cepat aktiviti saya di sebelah pagi akan selesai.

Jumpa lagi.

- Ifa -