Saturday, July 26, 2008

OLIGO - "NATURAL MAIZE AND WHEAT EXTRACT"

Salam Sejahtera.

OLIGO adalah ekstrak jagung dan gandum tulen yang diperolehi daripada isomalto-oligosakarida. Ia juga dikenali sebagai "Ejen Pemeliharaan Usus Aktif" disebabkan oleh sifatnya yang boleh membantu menyingkirkan toksin dan kekotoran pada kolon manusia. Oligo adalah kombinasi isomalto-oligosakarida, panosa, isomaltosa dan isomaltoriosa. Gabungan ini menggalakkan pertumbuhan bakteria berfaedah untuk kesihatan optimum badan.

Oligo mempunyai rasa yang enak, kandungan gula rendah dan tidak memudaratkan badan jika digunakan untuk jangkamasa yang panjang. Kajian menunjukkan Oligo ideal untuk diambil oleh seisi keluarga. Oligo memberi kesan yang sangat baik dalam membantu sembelit dan menghapuskan bakteria berbahaya di dalam perut. Oligo juga berkesan untuk mencegah kerosakan gigi.

Kajian yang dilakukan oleh Mr T. Kohmoto menunjukkan bakteria yang baik (Laktobasilus), Bakteria Bifidus dll) meningkat sementara bakeria yang tidak baik (Bakteria pereput) menurun diantara subjek setelah mengambil Oligo untuk jangkamasa satu bulan dan ke atas. Peratus bakteria yang baik menurun manakala bakeria yang tidak baik meningkat setelah subjek berhenti mengambil Oligo. Kajian juga menunjukkan subjek mudah jatuh sakit sekiranya paras bakteria berbahaya melebihi bakteria berfaedah di dalam badan.

Kelebihan mengambil OLIGO :

- Menambah tenaga untuk kanak-kanak dan dewasa.
- Menambah perisa kepada makanan dan minuman.
- Mencegah kerosakan gigi dan menyegarkan nafas.
- Membantu mengurangkan masalah cirit birit dan sembelit.
- Meningkatkan sistem pertahanan badan.

Cara pengambilan :

Satu sudu kecil bercampur air, satu kali sehari.

Untuk lebih enak, boleh ditambah kepada jus buah-buahan. Juga boleh dijadikan sarapan pagi dan malam bagi anda yang ingin mengawal berat badan. Caranya, satu sudu Oligo dicampurkan dengan 1 sachet IgG Pus dan 1 sachet Green Factors.

Cuba dulu!!!

- Ifa-