Tuesday, July 29, 2008

USAHA MENENTUKAN KEJAYAAN

Salam Sejahtera,

Baru-baru ini saya ada membaca tentang artikel mengenai kehidupan seekor semut yang boleh hidup di atas batu yang keras. Saya tidak bertujuan untuk mengupas apa yang telah ditulis oleh penulis artikel tersebut tetapi saya tertarik dengan intipati yang cuba disampaikan.

Di mana-mana saja kita berada, kita boleh berjaya dalam kehidupan, apatah lagi sekiranya kita berusaha keras melaksanakan tugas tersebut.

Saya rasa sama juga dengan langkah-langkah kita dalam melakukan perniagaan MLM ini termasuklah bersama Smart Naco. Jika kita tetapkan langkah, berusaha dan terus fokus, maka segala masalah boleh dihadapi.

Namun sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari cabaraan dalam kehidupan seperti rasa malas, give-up, tak nak keluar modal dan tak berani terima cabaran. Ini termasuklah diri saya sendiri. Apapun, saya tidak akan berpatah arah dan cuba melakukan yang terbaik.

Artikel-artikel tentang produk kesihatan yang saya paparkan di blog saya ini adalah ehsan dari upline saya Kak Mala yang tak pernah bosan melakukan perniagaan MLM ini secara sambilan. Beliau nampak macam happy aje dengan apa yang beliau buat. Memang beliau seorang yang agak happy go lucky dan senang didekati. Saya rasalah, sekiranya kalau bukan Kak Mala yang bertugas di Pejabat CEO itu, tak mungkin keadaan di situ meriah seperti sekarang. Terharu saya!

Jumpa lagi.

-Ifa -







No comments: