Sunday, July 13, 2008

SMART NACO & SMART SUCCESS TEAM MEMANG HEBAT

Salam Sejahtera.

Alhamdulillah pada malam ini saya dapat menyentuh notebook ini, sebelum menempuh kesibukan di office sepanjang minggu depan. That's life. Kalau boleh, I need to stay at home and do the business at the comfort of my house. Namun, saya seorang wanita yang berkerjaya dan ingin berjaya dalam bidang-bidang pilihan saya sendiri.

Pada petang Sabtu yang lepas, sebagaimana yang dirancang saya dapat mengikut Kak Mala ke Program Bersama Menuju Puncak di ibu pejabat Semart Naco. Saya dihantar oleh suami hingga ke TESCO Ampang untuk menunggu Kak Mala sementara suami saya berpatah semula ke rumah kami di Bandar Kinrara, Puchong. Sambil menunggu, sempat jugalah saya bershopping. InsyaAllah di lain kali saya akan drive sendiri kerana dah tahu di mana letaknya pejabat SN tersebut.

Kedatangan agak memuaskan dan cukup untuk memenuhi bilik seminar yang sederhana besar. Seperti kata Encik Ashriee, Emcee pada majlis tersebut: "Masih ramai lagi di luar sana yang ingin mencari pendapatan tambahan tetapi tidak mahu hadir di majlis-majlis ilmu seperti ini. Maka kita semua yang hadir adalah insan-insan terpilih untuk menjadi insan yang luar biasa hebat".

Saya berpeluang bertemu dengan leader kami iaitu SPD Zulkifli Hassan, pengasas SST SPD Khairul Aza, speaker SPD Hairudin Abdullah, Encik Azhar Pengurus Pemasaran SN, Cik Nurul Huda dan beberapa usahawan-usahawan yang lain. Ini adalah majlis pertama SN yang saya hadiri. Saya juga ingin menghadiri program-program yang dianjurkan oleh SST, seperti yang diberitahu oleh Kak Mala.

Walaupun dalam jangka waktu yang agak terhad, tetapi cukup padat dengan info dan ilmu pengetahuan yang disampaikan kepada kami. Saya juga bertambah yakin dengan SN lebih-lebih lagi tentang pelan pemasaran yang hebat (yang disampaikan oleh SPD Zul), produk-produk berkualiti (saya tak sabar nak menunggu produk-produk wanita yang bakal dipasarkan) serta kelebihan dan wawasan SN yang dikongsikan oleh Encik Azhar. Encik Azhar bercakap dengan terang dan so convincing. Begitu juga dengan beberapa testimoni produk IgG Plus yang sungguh berkesan dan menakjubkan.

Leader-leader SST sungguh professional dan tenang. Cara percakapan mereka menggambarkan sikap professional mereka yang penuh dengan ilmu pengetahuan, walaupun sesekali diselang-seli dengan sedikit gurauan. Beberapa orang diantara mereka adalah bekas Jurutera dan saya memang memahami bahawa karektor seorang Jurutera biasanya tak banyak bercakap. Sama juga seperti suami saya yang juga dari bidang yang sama. Namun kelebihan dan perubahan ketara mereka bila menyertai bidang MLM ini nampak terselah. Bagaimanapun suami saya masih seperti dulu, tidak banyak bercakap. Ya, mungkin disebabkan oleh faktor pergaulan.

Apa yang pasti ialah saya tidak mungkin mempersia-siakan peluang yang telah dikongsikan kepada saya. Saya akan terus berusaha dan sedang menyenaraikan beberapa nama kenalan untuk dihubungi untuk sama-sama berkongsi peluang business Smart Naco ini.

Saya mengharapkan dapat kerjasama yang lebih erat dari leader-leader saya agar saya juga akan berjaya seperti mereka.

Jumpa lagi!

No comments: