Monday, December 1, 2008
SEMOGA TERUS SUKSES BERSAMA SST
Dari seorang guru, meneruskan IMPIAN melalui bisnes MLM Smart Naco bersama Smart Success Team.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Encik Ismail Muhamad yang telah memilih landasan yang tepat! InsyaAllah, impian yang disertai dengan usaha, berdoa dan bersabar serta menambahkan ilmu pengetahuan, pasti menemui KEJAYAAN yang saudara inginkan.
Semoga terus sukses. Amin
-Ifa-
Sunday, November 23, 2008
SELAMAT DATANG PUAN HAMIDAH - IPOH
Pejam celik, pejam celik, bulan November dah nak sampai ke penghujungnya. Ekonomi negara naik-turun-naik-turun. Ekonomi saya ... bila agaknya saya ingin merubah keadaan untuk keluar dari Comfort Zone ini???
Tahniah kepada SPD Zul dan Kak Mala kerana berjaya menyunting seorang lagi prospek dan kini telah menjadi rakan niaga baru kami. Hebat!!!
Selamat datang ke SST dan Smart Naco diucapkan kepada Puan Hamidah dan semoga kita dapat terus bekerja-sama demi mencapai Impian, insyaAllah.
Jumpa lagi.
-Ifa-
Wednesday, October 29, 2008
SMALL GROUP MEETING
Bagus juga idea Kak Mala ini. Beliau tak pernah bosan mengingatkan saya tentang perkara bisnes walaupun adakalanya saya begitu slow untuk bermula semula.
Baru tadi kami berbincang, nak adakan satu kumpulan kecil di mana kami dapat berbincang, bertukar-tukar fikiran dan adakan latihan menjadi speaker samada tentang produk, tentang marketing plan, motivasi dan apa-apa saja. Dapatlah belajar untuk memperbaiki PR kami. Memang bagus cara ini, pada pandangan peribadi saya. Saya diberitahu, Kak Mala juga telah berbincang terlebih dahulu dengan downline saya iaitu Puan Mazlina dan beliau juga telah bersetuju.
Cuma sedikit masalah ialah, waktu dan hari yang nak diadakan perjumpaan tersebut. Ini kerana ada yang boleh keluar pada hari Selasa malam di Smart Naco HQ. Manakala yang lain pula lebih selesa berjumpa pada petang Ahad yang dibuat secara bergilir-gilir di rumah rakan-rakan niaga di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini.
Nampaknya kami masih dalam berbincangan. Semoga akan terus ada perkembangan tentang perkara ini.
Jumpa lagi.
- Ifa -
Tuesday, October 14, 2008
SALAM UNTUK SEMUA
Salam Aidilfitri buat semua pembaca budiman,
Rasa-rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua warga SST dan pembaca yang setia mengikuti perkembangan blog saya dan produk-produk Smart Naco.
Bagi saya hari raya adalah hari yang paling membahagiakan untuk semua umat Islam yang telah selamat menjalani ibadah berpuasa disamping mengharapkan keredhaan dan keberkataan dari yang Maha Esa. Mudah-mudahan dipanjangkan usia untuk berjumpa lagi Ramadhan di tahun depan, InsyaAllah.
Hari raya adalah hari kemenangan untuk semua yang berjaya mengharungi cabaran dan juga dugaan selama sebulan. Terlanjur bercakap mengenai cabaran dan dugaan, tak salah rasanya kita kaitkan cabaran dalam perniagaan MLM Smart Naco. Bak kata pepatah, tiada KEJAYAAN TANPA USAHA. Usaha tangga kejayaan.
Sebulan berpuasa benar-benar memberikan satu iltizam untuk mencapai kejayaan di hari muka. Bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Semoga Allah SWT memperkenankan hajat saya dan menguatkan semangat serta memberi saya kekuatan yang berterusan untuk mencapai Impian.
Dalam apa jua perkara yang saya lakukan, restu dari suami tersayang adalah amat perlu. Untuk bisnes Smart Naco ini, dorongan dan sokongan dari upline saya Kak Mala juga tetap saya perlukan kerana saya tidak mampu untuk melakukan bisnes ini tanpa sokongan dan kerjasama beliau.
Jumpa lagi.
- Ifa -
Saturday, August 30, 2008
31 OGOS HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA DAN 1 SEPTEMBER UMAT ISLAM MULA BERPUASA
Wednesday, August 27, 2008
LUKISAN GAMBARAN DIRI SEBENAR
Dah hampir seminggu masa berlalu, baru hari ini saya dapat update blog ini serba sedikit. Tak perlu beri alasan sebenarnya sebab saya sendiri yang kurang memberi tumpuan pada biz di ketika ini. My mom kurang sihat, perniagaan kecil-kecilan beliau pun agak tergendala. Namun, saya menasihati beliau supaya terus minum susu IgG Plus yang amat berkhasiat.
Pagi tadi analisis yang saya tunggu-tunggu, dah diterima dari Dr Main melalui email. Memang tak sabar nak baca dan comparekan dengan sikap saya sendiri. Analisis bukanlah satu telekan atau perkara yang berkenaan dengan ghaib atau bomoh tetapi di baca melalui lukisan kita. Saya sebenarnya cuba untuk menidakkan apa yang bakal saya terima, namun 90% analisis tersebut agak tepat dan berkaitan dengan kehidupan saya. Dari situ saya boleh kaji apakah yang perlu saya lakukan untuk membaiki dan meng'adjust' mana yang tidak kena. Bukan bermakna saya terima bulat-bulat analisis tersebut tetapi cuma perkara sebegitu memang ujud.
InsyaAllah pada 7 September ini saya dan Kak Mala akan menghadiri Internet Marketing Worshop di salah sebuah hotel di KL ini. Jika ada kesempatan, saya akan singgah sebentar di ibu pejabat Smart Naco pada tengahari 6 September untuk mengikti program Dr Main. Namun, ini bergantung kepada berapa cepat aktiviti saya di sebelah pagi akan selesai.
Jumpa lagi.
- Ifa -
Wednesday, August 20, 2008
JUS PATI KURMA 3K
Tidak dapat dinafikan, tugas-tugas saya di pejabat amat menyesakkan akhir-akhir ini. Saya diminta membantu dua orang Pengurus Besar dalam satu waktu yang sama. Apatah lagi setiap minggu saya menyiapkan minit mesyuarat yang diadakan pada setiap hari Isnin. Namun begitu, syukur alhamdulillah kedua-kedua Boss saya bukan jenis 'menekan' walaupun masing-masing mempunyai karaktor dan kehendak yang berbeza.
Untuk mengatasi stress dan letih sepanjang hari, selain dari meminum susu IgG Plus, saya kini mula minum Jus Pati Kurma 3K seperti yang 'didesak' oleh Upline saya yang sentiasa 'mengasak'. Memang sedap Jus Pati Kurma tersebut, tak perlu dicampur dengan air dan boleh diminum terus - 1 sudu untuk setiap hari bagi saya sudah memadai.
Saya juga sedang mengenali beberapa lagi produk Smart Naco yang berkualiti seperti Cellrenew. InsyaAllah, saya cuba lakukan satu persatu dengan cara yang terbaik supaya saya tidak mudah mengalah dalam biz MLM Smart Naco bersama SST.
Melalui upline saya, saya diberitahu mengenai beberapa kursus dan seminar yang diadakan dari masa ke semasa. Saya cuba untuk menghadiri sekurang-kurangnya 1 seminar atau perjumpaan dalam setiap bulan. Namun kadang-kadang kehendak keluarga payah untuk diduga. Begitu juga dengan Live SST Conference pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam.
Semoga saya dapat menghadapi halangan-halangan kecil seperti ini dan insyaAllah, semoga saya dapat terus menentang dugaan, cabaran dan rintangan yang lebih besar di masa-masa yang akan datang, sedaya upaya saya.
Saya juga telah melukis sebuah lukisan yang berasaskan rumah, pokok dan wajah sendiri untuk diberi analisis oleh Dr Main. Lukisan tersebut telah di emailkan kepada beliau pagi tadi dan saya sebenarnya memang tidak sabar untuk menerima respon dari Dr Main. Mungkin dari analisis tersebut, saya boleh mengetahui kekurangan dan kelebihan diri saya serta bahagian mana yang perlu saya baiki.
Jumpa lagi.
- Ifa -
Saturday, August 9, 2008
- Muhammad Ali
Tuesday, July 29, 2008
USAHA MENENTUKAN KEJAYAAN
Di mana-mana saja kita berada, kita boleh berjaya dalam kehidupan, apatah lagi sekiranya kita berusaha keras melaksanakan tugas tersebut.
Saya rasa sama juga dengan langkah-langkah kita dalam melakukan perniagaan MLM ini termasuklah bersama Smart Naco. Jika kita tetapkan langkah, berusaha dan terus fokus, maka segala masalah boleh dihadapi.
Namun sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari cabaraan dalam kehidupan seperti rasa malas, give-up, tak nak keluar modal dan tak berani terima cabaran. Ini termasuklah diri saya sendiri. Apapun, saya tidak akan berpatah arah dan cuba melakukan yang terbaik.
Artikel-artikel tentang produk kesihatan yang saya paparkan di blog saya ini adalah ehsan dari upline saya Kak Mala yang tak pernah bosan melakukan perniagaan MLM ini secara sambilan. Beliau nampak macam happy aje dengan apa yang beliau buat. Memang beliau seorang yang agak happy go lucky dan senang didekati. Saya rasalah, sekiranya kalau bukan Kak Mala yang bertugas di Pejabat CEO itu, tak mungkin keadaan di situ meriah seperti sekarang. Terharu saya!
Jumpa lagi.
-Ifa -
Saturday, July 26, 2008
OLIGO - "NATURAL MAIZE AND WHEAT EXTRACT"
Kelebihan mengambil OLIGO :
- Menambah tenaga untuk kanak-kanak dan dewasa.
- Menambah perisa kepada makanan dan minuman.
- Mencegah kerosakan gigi dan menyegarkan nafas.
- Membantu mengurangkan masalah cirit birit dan sembelit.
- Meningkatkan sistem pertahanan badan.
Cara pengambilan :
Satu sudu kecil bercampur air, satu kali sehari.
Cuba dulu!!!
- Ifa-
Thursday, July 24, 2008
PRODUK BERKHASIAT SMART NACO
Saya ada berbincang dengan upline saya Kak Mala untuk mengadakan jualan di booth dan juga homeparty. InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya untuk memasarkan produk-produk Smart Naco dan juga mengembangkan rangkaian. Terasa ingin membawa perniagaaan ini ke Johor, kampung halaman suami saya yang tersayang.
Penghargaan juga kepada SPD Zul kerana membantu menemui prospek saya di Jalan Dato' Keramat iaitu Encik Santh Meera. Santh sebenarnya bekas pengurus di satu jabatan di syarikat kami dulu dan kini telah menetap di tempat kelahiran beliau di Pulau Pinang. Ibu beliau tidak sihat dan Santh telah membeli sekotak IgG Plus dari SPD Zul. Diharap produk ini akan membantu kesihatan ibu beliau dan moga beliau nanti dapat bekerjasama dengan saya dalam perniagaan MLM Smart Naco ini.
Saya akan terus berusaha dan berusaha. Doakan kejayaan saya dan rangkaian saya. Terima kasih.
-Ifa-
Sunday, July 20, 2008
Tuesday, July 15, 2008
A MATTER OF MINDSET
Satu jenis yang membawa banyak manfaat untuk syarikat, kumpulan dan komuniti. Dia berkembang maju serta orang bawahan dan ikutannya juga mendapat tempias kebaikan yang cukup banyak.
Satu lagi jenis yang tidak banyak membawa manfaat untuk sesiapapun walaupun untuk dirinya sendiri. Banyak sangat soalan, buruk sangka, lokek, bimbang dan terlalu berjaga-jaga.
Lihat attachment, baca dan fahamkan. Kemudian tanya diri kita, kita berada disebelah mana. Kalau mindset kita dalam bahagian yang elok, kita teruskanlah sebab diri kita membawa manfaat kepada diri-sendiri dan kepada ramai orang. Banyak pahalanya tu ... dan rezeki pun bertambah-tambah. Ramai orang mendoakan kita supaya panjang umur dari yang suka kita mati cepat.
Kalau belum lagi, kita harus usaha untuk berubah. Siapapun boleh berubah, tak kira umur, bangsa, pangkat, harta, kerja, niaga dan kat mana. Semasa di dalam proses perubahan sekalipun, kita dah boleh nampak sendiri bagaimana rezeki kita semakin terbentang luas.
Nasihat Rasulullah SAW :
Orang yang beruntung, menjadikan esoknya lebih baik dari hari ini.
Orang yang malang pula, esoknya lebih buruk dari hari ini.
Dengan mindset yang betul, kita boleh jadikan esok lebih baik dari hari ini.
Wassalam.
Sunday, July 13, 2008
SMART NACO & SMART SUCCESS TEAM MEMANG HEBAT
Alhamdulillah pada malam ini saya dapat menyentuh notebook ini, sebelum menempuh kesibukan di office sepanjang minggu depan. That's life. Kalau boleh, I need to stay at home and do the business at the comfort of my house. Namun, saya seorang wanita yang berkerjaya dan ingin berjaya dalam bidang-bidang pilihan saya sendiri.
Pada petang Sabtu yang lepas, sebagaimana yang dirancang saya dapat mengikut Kak Mala ke Program Bersama Menuju Puncak di ibu pejabat Semart Naco. Saya dihantar oleh suami hingga ke TESCO Ampang untuk menunggu Kak Mala sementara suami saya berpatah semula ke rumah kami di Bandar Kinrara, Puchong. Sambil menunggu, sempat jugalah saya bershopping. InsyaAllah di lain kali saya akan drive sendiri kerana dah tahu di mana letaknya pejabat SN tersebut.
Kedatangan agak memuaskan dan cukup untuk memenuhi bilik seminar yang sederhana besar. Seperti kata Encik Ashriee, Emcee pada majlis tersebut: "Masih ramai lagi di luar sana yang ingin mencari pendapatan tambahan tetapi tidak mahu hadir di majlis-majlis ilmu seperti ini. Maka kita semua yang hadir adalah insan-insan terpilih untuk menjadi insan yang luar biasa hebat".
Saya berpeluang bertemu dengan leader kami iaitu SPD Zulkifli Hassan, pengasas SST SPD Khairul Aza, speaker SPD Hairudin Abdullah, Encik Azhar Pengurus Pemasaran SN, Cik Nurul Huda dan beberapa usahawan-usahawan yang lain. Ini adalah majlis pertama SN yang saya hadiri. Saya juga ingin menghadiri program-program yang dianjurkan oleh SST, seperti yang diberitahu oleh Kak Mala.
Walaupun dalam jangka waktu yang agak terhad, tetapi cukup padat dengan info dan ilmu pengetahuan yang disampaikan kepada kami. Saya juga bertambah yakin dengan SN lebih-lebih lagi tentang pelan pemasaran yang hebat (yang disampaikan oleh SPD Zul), produk-produk berkualiti (saya tak sabar nak menunggu produk-produk wanita yang bakal dipasarkan) serta kelebihan dan wawasan SN yang dikongsikan oleh Encik Azhar. Encik Azhar bercakap dengan terang dan so convincing. Begitu juga dengan beberapa testimoni produk IgG Plus yang sungguh berkesan dan menakjubkan.
Leader-leader SST sungguh professional dan tenang. Cara percakapan mereka menggambarkan sikap professional mereka yang penuh dengan ilmu pengetahuan, walaupun sesekali diselang-seli dengan sedikit gurauan. Beberapa orang diantara mereka adalah bekas Jurutera dan saya memang memahami bahawa karektor seorang Jurutera biasanya tak banyak bercakap. Sama juga seperti suami saya yang juga dari bidang yang sama. Namun kelebihan dan perubahan ketara mereka bila menyertai bidang MLM ini nampak terselah. Bagaimanapun suami saya masih seperti dulu, tidak banyak bercakap. Ya, mungkin disebabkan oleh faktor pergaulan.
Apa yang pasti ialah saya tidak mungkin mempersia-siakan peluang yang telah dikongsikan kepada saya. Saya akan terus berusaha dan sedang menyenaraikan beberapa nama kenalan untuk dihubungi untuk sama-sama berkongsi peluang business Smart Naco ini.
Saya mengharapkan dapat kerjasama yang lebih erat dari leader-leader saya agar saya juga akan berjaya seperti mereka.
Jumpa lagi!
Thursday, July 10, 2008
PERJALANAN SEDANG BERMULA
Apa khabar semua?
Alhamdulillah, perjalanan business saya sedang bermula walaupun agak perlahan jika dibandingkan dengan Kak Mala. I can see that she's promoting the business like never stop, dengan cara beliau sendiri. Siapa saja yang datang dekat dengan beliau, pasti kena 'her lecture'. Tangan beliau pula rajin melayan tetamu di YM atau Skype. One thing I respect about her is, eventhough she's busy with the business, she still can manage the office work very well. Kalau tak percaya tanyalah pada rakan-rakan di office kami. Hebat upline saya ini.
I told myself, I will follow her step, insyaAllah! Saya ingin menjadi seorang Usahawan yang tabah dan berani menempuh cabaran. Yang penting sekali, saya berdoa semoga saya akan dapat terus bertahan dalam business yang sungguh mencabar ini.
Saya telah menerima beberapa salinan flyers dari upline saya iaitu flyers IgG Plus, Bio-Young Plus, Superclay dan juga Jus Pati Kurma 3K. InsyaAllah saya akan menghubungi beberapa orang rakan dan esok saya akan bertemu dengan seorang kenalan yang bergelar Datin. Sememangnya tak begitu mudah untuk mempromosikan produk yang mungkin agak baru kepada beliau kerana selama ini beliau menggunakan produk jenama pilihan sendiri. Orang yang ada banyak duit ini kadang-kadang agak memilih. Well, as what Kak Mala said "No Action No Result". So, I will try my best to persuade her!
Jika diizankan Allah, saya akan menghadiri Roadshow Bersama Menuju Puncak di Ibu Pejabat Smart Naco pada hari Sabtu, 12 Julai. Saya diberitahu bahawa Encik Zulkifli Hassan juga akan datang dari Penang untuk memeriahkan program ini. Saya tidak akan mempersiakan peluang ini untuk menambah pengetahuan saya dengan ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh upline-upline saya yang hebat-hebat belaka.
Saya akan terus mengenali Smart Success Team dengan lebih dekat. Semoga perjalanan business saya dan rangkaian saya akan diberkati oleh Allah SWT ... Amin.
Tuesday, June 24, 2008
SUSU POWER PENUH KHASIAT
Salam Sejahtera.
Susu nie memang power !!!! Tak cuba memang rugi.
Tuesday, June 17, 2008
SALAM PENGENALAN
Siapa yang tidak menginginkan kebahagian rumah tangga, kesihatan yang baik dan kewangan yang kukuh. Ini termasuklah diri saya juga. Saya juga berimpian agar di satu hari nanti saya dapat membahagiakan suami, anak-anak dan ibu mengikut kemampuan dan cara saya sendiri. Suami saya bertugas sebagai Penolong Pengurus (engineering background) di sebuah firma pengeluar kereta nasional memang tidak pandai berniaga, namun beliau tetap memberi sokongan kepada usaha saya ini. Beliau faham, tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur ini, dengan harga barangan keperluan yang sentiasa meningkat, keperluan pembelajaran anak-anak dan lain-lain hal menuntut saya memberi sumbangan kepada keluarga.
Dengan sokongan, panduan dan ilmu yang sedang dan bakal diberikan kepada saya oleh Kak Mala dan mungkin juga dari Pemimpin beliau, akan saya gunakan sebaik mungkin peluang untuk menjadi Usahawan Smart Naco.
InsyaAllah selagi saya mampu bekerja dan berusaha, saya akan tetap terus melangkah. Dari kecil saya diasuh oleh ibu saya supaya pandai berdikari dan jangan terlampau bergantung kepada insan lain. Nasihat ibu memang sentiasa saya ingati.
Jumpa lagi di coretan yang seterusnya nanti.
Salam perkenalan dari saya.
-Ifa-
Monday, June 16, 2008
LANGKAH PERTAMA SAYA
-Ifa-